nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

PAMELA ANDERSON: NANTI HONORARIUM GAMBAR BOGEL SAYA AKAN DIDERMAKAN UNTUK MANGSA BENCANA INDONESIA

MANGSA bencana tidak mungkin berkata apa-apa kerana mereka mungkin tidak jelas dan dalam keadaan seksa ditimpa bala.

Pamela Anderson. (Pix:AFP)
Namun bagi Front Pembela Islam (FPI) Indonesia, hasrat artis bogel/filem Pamela Anderson untuk menderma kepada mangsa bencana Tsunami dan Gunung Merapi, menggunakan wang honorarium daripada gambar bogelnya yang tersiar di dalam majalah playboy bagai memupuk segenggam garam ke pangkal luka!

Ketua FPI Jakarta, Habib Umar Salim, terus dengan lantang menegaskan bahawa derma itu adalah haram untuk digunakan kerana ia jelas datang daripada wang yang diperolehi hasil kerja-kerja maksiat.

Menurutnya, ia jelas menghina dan kerajaan atau mangsa bencana tidak wajar menerimanya walaupun menurut Pamela wang itu akan diuruskan oleh sebuah badan amal untuk membeli mesin-mesin penapis air bagi kegunaan mangsa bencana.

Sebelum mengumumkan menderma kepada mangsa bencana dunia, Pamela juga dilaporkan oleh agensi berita luar negara bersedia untuk lebih kerap berfoto tanpa seurat benang. Kata Pamela, apa salahnya dia berfoto tanpa memakai seluar dalam?

Ya..kamu bijak Pamela. Kamu gunakan duit itu kemudian untuk menyuap mulut mereka yang ditimpa musibah. Mereka akan kata kamu manusia paling baik kerana sedia berkongsi simpati dan duka. Kamu bijak betul. Betul-betul bijak. Tapi di sebalik itu, kita juga tertanya di mana perginya umat Islam yang kaya raya?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10