nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

NOR MOHAMED YAACOB KATA TIADA BUKTI LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR JADI PUNCA BANJIR: MATA DAH BUTA KE?

DALAM kehidupan untuk menjadi manusia rasional, semua pancaindera yang Allah bagi mesti kita gunakan dengan rasa syukur atas sebab ia digunakan untuk kebaikan.

Begitu juga dalam kes banjir teruk yang melanda Kedah dan Perlis. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yaacob kata, projek itu tidak wajar dihentikan kerana tiada bukti ia punca banjir. Kadang-kadang terasa nak menonggeng gelak dan nak terberak bila dengar seorang tua bergelar menteri cakap sedemikian rupa.

Hanya orang yang buta sahaja yang tidak nampak rel dan landasan keretapi di beberapa kawasan projek pembinaan itu dibina tinggi dan menjadi batas sehingga mengepung aliran air kalau hujan lebat. Itu bukan bukti ke?

Nor Mohamed Yaacob seharusnya pergi ke tempat pembinaan projek itu dan kalau tidak jelas, tengok lama-lama sampai puas. Apakah mata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan mata Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Azizan Abdul Aziz sudah rabun?

Nor berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang yang bijaksana mengeluarkan notis henti kerja kepada Gamuda bagi memastikan syarikat itu bertanggungjawab di atas kerugian yang ditanggung rakyat ketika banjir lalu.

Menurut Nor, pihaknya memerlukan bukti teknikal untuk percaya projek itu menjadi antara punca banjir. Jawapan kita ialah, kalau hal macam itu pun memerlukan tenaga pakar teknikal, sampai kiamat Malaysia tak akan maju. Untuk melihat bukti semacam itu, tak perlu orang sekolah tinggi. Penoreh getah dan nelayan pun tahu menilai dan mengiyakannya!

Tolonglah bapak-bapak menteri yang saya hormati. Jangan tunjukkan ketidakpandaian (kalau kata bodoh kecil hati) itu sehingga menjatuhkan reputasi sebagai pemimpin.

Satu lagi, tolonglah! Tolong pergi ke tempat kejadian dan jumpa semua rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka dan bukan hanya rakyat yang jadi ahli Umno sahaja. Tanya pendapat semua rakyat. Jangan tak mahu keluar kepompong asyik mendengar cakap rakyat yang jadi ahli Umno semata-mata. Pendapat mereka semata-mata tak boleh dipakai! Sebab apa? Sebab bila jumpa menteri saja yang ingat dalam kepala mereka adalah asyik nak cium tangan menteri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10