nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

GAMBAR PRAMUGARI PENERBANGAN RYANAIR BUKA BAJU!

Pramugari cari duit lebih...kalau nak lebih lagi, bogel habis!!!!
MUNGKIN pendapatan sebagai pramugari tidak mencukupi bagi menampung tuntutan hidup, sekumpulan pramugari syarikat penerbangan tambang murah Ryanair, milik Ireland membuat keputusan membuang malu dan maruah dengan berbogel membenarkan tubuh mereka menghiasi kalendar.

Walaupun memberi alasan 30 peratus daripada jualan kalendar itu akan didermakan kepada pihak memerlukan bantuan, namun sebahagian besar pramugari terbabit mengakui ia dapat memberi pendapatan tambahan yang menakjubkan hasilnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary, berkata itu adalah kali kedua pramugari syarikat berkenaan berbogel untuk menghiasi kalendar. Tahun lalu banyak bantahan diterima daripada pelbagai pihak menyifatkan tindakan pramugari itu keterlaluan.

Namun kata O'Leary, hasil daripada jualan kalendar itu turut diagihkan sebagai derma kepada badan kebajikan dan tentulah ia satu perkara yang amat baik.

Kalendar berkenaan dijual dengan harga 8.50 pound dan boleh diperolehi di semua pejabat jualan tiket dan penerbangan itu di beberapa negara.

Syarikat penerbangan tambang murah Ryanair memang terkenal dengan kontroversi sejak ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Chrstopher Ryan. Antaranya ialah mencadangkan penumpang berdiri di dalam kapalterbang sebagai cara mengurangkan harga tambang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10