nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

MOTOSIKAL MASUK TERUSAN: DUA BERADIK DIKHUATIRI LEMAS

DUA lagi mangsa dikhuatiri lemas, apabila motosikal yang mereka bonceng termasuk ke dalam terusan ketika banjir kian memburuk di Kedah.

Kedua-dua mangsa adalah adik beradik, Siti Nadia Syukur, 13 dan adiknya Syarifah, 8, dipercayai lemas dihanyut arus deras di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena.

Sementara penunggang motosikal berkenaan, Intan Malek, 14 sempat berpaut pada dahan pokok sebelum diselamatkan penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara dipetik berkata, sehingga malam ini jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah, Perlis dan Kelantan telah mencecah lebih 40,000 orang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10