nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

MENTERI PERTAHANAN KOREA SELATAN LETAK JAWATAN: PIKUL TANGGUNGJAWAB NEGARA ITU DIBEDIL KOREA UTARA KELMARIN

MENTERI Pertahanan Korea Selatan, Kim Tae Young hari ini meletakkan jawatannya sebagai satu cara memikul tanggungjawab akibat kematian 4 orang rakyat negara itu, termasuk dua tentera selepas terkena bedilan meriam Korea Utara kelmarin.

Tae Young yang dikritik daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana gagal bertindak balas ke atas serangan Korea Utara itu, menghantar surat perletakan jawatannya kepada Presiden Lee Myung Bak.

Presiden Lee pula berkata, beliau menerima perletakan jawatan itu sebagai satu cara Tae Young bertanggungjawab di atas serangan tanpa balas kelmarin.

Awal tahun ini, Tae Young juga dikritik keras apabila peluru torpedo Korea Utara menembak tenggelam sebuah kapal tentera Korea Selatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10