nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

DAH PUAS DERA AMAH INDON, KINI MAJIKAN SAKIT JIWA DERA AMAH KEMBOJA PULAK

AGAKNYA golongan majikan yang sakit jiwa ini telah puas dan muak mendera amah dari Indonesia. Lalu, selera binatang mereka kini tertumpu pula ke arah amah yang datang dari Kemboja!

Petang semalam, majikan yang tergolong ke dalam kelompok manusia yang sakit jiwa ini ditahan kira-kira jam 7 petang di sebuah kediaman di Taman Alam Damai, Cheras selepas pembantu rumahnya keturunan  Kemboja melarikan diri dan membuat laporan polis.


Pembantu rumah itu yang mempunyai banyak kesan cedera di badan, kaki dan tangan sebelumnya berjaya melarikan diri sebelum meminta bantuan seorang jiran. Jirannya menghantar amah berkenaan ke pejabat agensi pembantu rumah sebelum membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman, berkata bertindak daripada laporan polis yang dibuat mangsa, polis menahan pasangan majikannya yang berusia 42 dan 43 tahun di rumahnya malam semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kecederaan di badan, tangan dan kaki mangsa dipercayai dipukul menggunakan kayu dan wayar. Ia dikatakan telah berlaku sejak Januari tahun ini.

Bila jadi macam ini, sendiri susah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10