nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

MENJELANG BEBERAPA JAM SEBELUM PERLAWANAN AKHIR MENENTANG CHONG WEI, TEMAN WANITA DEDAHKAN LIN DAN AMAT TERTEKAN!

MENJELANG beberapa jam lagi perlawanan akhir badminton perseorangan Sukan Asia, teman wanita Lin Dan memberitahui akhbar Xinhua betapa kekasihnya itu kini benar-benar tertekan akibat harapan terlalu tinggi diletakkan ke atasnya untuk memenangi emas dalam perlawanan ini.

 Menurut teman wanitanya, Xie-Xinfang, Lin Dan amat tertekan apabila banyak pihak di negara itu mendesaknya mencari kemenangan di Sukan Asia atas alasan hanya dengan itu barulah Lin Dan boleh dianggap jaguh badminton dunia yang sempurna.

Xie-Xinfang yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing dalam acara perseorangan wanita, berkata dia tidak peduli dan memberitahu Lin Dan supaya membuat yang terbaik.

"Sama ada dia menang atau kalah kepada Chong Wei dalam perlawanan akhir nanti, Lin Dan tetap seorang lelaki yang sempurna dalam hati saya," katanya.

Menerusi pengakuan teman wanitanya itu, amat jelas Lin Dan tertekan dan Chong Wei tentunya boleh menggunakan peluang ini untuk menambah lagi tekanan ke atas pemain utama China itu bagi memastikan kemenangan, sekaligus menyumbang satu lagi pingat emas kepada negara.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10