nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

MELAKA MAJU RAKYATNYA KELIRU DAN CELARU

INI cerita di Melaka yang diceritakan orang Melaka juga.

Pertama katanya, Melaka telah diistyiharkan maju, tapi sedihnya banyak rakyat Melaka kini dilanda akal kelabu, keliru dan celaru. Lebih teruk warna biru menjadi nila meletakkan akal mereka di dalam baldi nafsu!


Dilaporkan orang Melaka tentang sebuah kawasan perumahan di Taman Cempaka yang kini menjadi buah mulut penduduk setempat kerana ramainya pasangan Melayu dikatakan bersekedudukan sambil melakukan kegiatan maksiat.

Dilaporkan lagi orang Melaka tentang beberapa pub dan karaoke yang diberi lesen oleh kerajaan negeri di sekitar kawasan Melaka Raya kini menjadi tumpuan remaja perempuan bawah umur berpakaian seksi sambil memegang botol meneguk arak, barangkali meraikan Melaka telah maju!

Dilaporkan lagi oleh orang Melaka terutama penduduk di Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau. Kata mereka anak dara dan bini orang semakin takut untuk mandi pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja. Ini kerana banyak pula kaki intai dan perakam amatur menggunakan telefon bimbit merakam gambar anak dara dan bini orang tengah mandi!

Dilaporkan lagi oleh orang Melaka setiap malam minggu pasti ada anak muda bergumpalan di atas jambatan Sungai Linggi menuju ke Kuala Linggi di atas motosikal melakukan adegan hangat dan panas!

Majukah rakyatnya semaju negerinya?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10