MEMANG sah. Penyanyi yang diberkas polis dan didakwa di mahkamah serta dikenakan perintah tahanan reman kerana memasukkan dadah ke dalam badan dan memiliki motosikal curi adalah Mamat.
Mamat yang pernah satu ketika dulu popular dengan lagu Ibu tapi kini semua itu hanya satu kenangan. Sebelum ini Mamat juga didakwa di Singapura kerana kes panjang tangan melibatkan seutas jam milik kawan sendiri.
Entahlah Mamat...Mamat..Mamat!
Kalau dadah dah kuasai diri, susah Mamat. Satu lagi engkau ni kurang beringat, sebab ketika popular dulu engkau sedikit sombong. Masihkah Mamat ingat masa indah yang lampau? Atau masa pahit yang lalu? Mamat ingat tak betapa Zaiton Sameon dimalukan di depan orang bila mahu bermanja Mamat sebagai anak, tapi Mamat cepat-cepat tarik tangan dan lari lalu kata Mamat bukan anak Zaiton Sameon.
Ketika itu, Zaiton masih kurang upaya pemikirannya selepas kemalangan, tapi kenapa Mamat tak mahu bersimpati perasaan dengan orang yang sedang sakit? Ahhh...lupakan Mamat. Fikir dan renungkan masa depan.
Harap-harap yang sudah-sudahlah. Bina hidup baru.