SEORANG pemandu lori berusia 28 tahun, ditahan minggu lalu kerana disyaki terbabit merogol dan membunuh seorang pelajar tingkatan empat, 16 Oktober lalu.
Lelaki itu ditahan berkaitan kes lain pada mulanya, tetapi selepas disoalsiasat dia turut mengaku terbabit merogol dan membunuh M Divya Barathi, 16, di Teluk Intan bulan lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun mengesahkan lelaki itu mengaku merogol dan membunuh mangsa 16 tahun di sebuah ladang kelapa sawit.
Menurutnya, dia ditahan minggu lalu oleh pekerja hotel ketika cuba mengelar leher seorang pelanggan dalam satu kes rompakan. Dia kemudian diserahkan kepada polis.
Mayat M Divya ditemui bogel dan terbaring dalam parit kecil di sebuah ladang kelapa sawit di Teluk Intan selepas dilaporkan tidak pulang semalaman dari sekolah.