nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

LETUPAN KETIGA DI LOMBONG ARANG BATU PIKE RIVER NEW ZEALAND

LOMBONG arang batu di Pike River, New Zealand meletup lagi hari ini, untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Pike River Coal Plant, John Dow berkata, mereka telah menjangkakan letupan akan terus berlaku kerana mengesan pergerakan asap dan gas menerusi kamera khas.

Kesemua 29 pelombong yang terperangkap dalam lombong itu sejak seminggu lalu disahkan terbunuh dalam letupan kedua yang berlaku kelmarin, namun waris mangsa masih berada di sekitar lombong berkenaan kerana menunggu mayat mangsa dikeluarkan.

Namun sehingga kini kerajaan masih belum boleh menjalankan usaha membawa keluar kesemua mayat mangsa terperangkap kerana bimbang nasib pasukan penyelamat berikutan letupan masih berpotensi berlaku bila-bila masa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10