nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

10 PRAMUGARI SYARIKAT PENERBANGAN LATINA YANG MUFLIS TERPAKSA BERBIKINI HASILKAN KALENDAR UNTUK MENCARI DUIT

Terpaksa berbikini untuk hasilkan kalendar selepas kehilangan pekerjaan sebagai pramugari

SERAMAI 10 pramugari syarikat penerbangan Latina, Mexico yang hilang pekerjaan selepas syarikat itu diistyiharkan muflis terpaksa berpakat berbikini menghasilkan kalendar 2011 sebagai satu cara untuk mencari pendapatan.

Kesemua berpakat menggunakan wang poket sendiri untuk menghasilkan kalendar separuh bogel itu apabila majikan mereka diistyiharkan muflis pada Ogos lalu.

Kalendar yang dicetak berlatarbelakangkan tema penerbangan itu dijual pada harga RM32 sehelai. Pada majlis perasmian jualan kalendar itu semalam, sebanyak 1,000 helai habis terjual dan kini mereka sedang mencetak edisi kedua sebanyak 3,000 helai lagi.

Menurut salah seorang pramugari terbabit, Maribel Zavala, 26, mereka tidak mempunyai cara lain kerana begitu terkejut kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata.

Pengurusan syarikat itu yang bermasalah telah memfailkan notis muflis di mahkamah, menyebabkan kesemua pekerjanya kehilangan mata pencarian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10