nuffnang ads

Tuesday, November 16, 2010

LELAKI MATI PERUT TERBURAI, ANGKARA CINTA DENGAN GADIS INDONESIA

SEORANG lelaki, kerani di sebuah institusi pengajian tinggi di Shah Alam, meninggal dunia awal  pagi tadi selepas dua hari dirobek perutnya dengan celoret (senjata seperti sabit) oleh dua suspek dipercayai lelaki Indonesia.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan percintaan lelaki itu dengan seorang wanita Indonesia berusia 20 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di IPT sama dengan mangsa.

Mangsa, Rashidi Mohd Seman, 27, yang berasal dari Seksyen 20, Shah Alam dikatakan dalam perjalanan menghantar wanita itu ke kediamannya di sebuah kawasan setinggan di Padang Jawa, Shah Alam menaiki motosikal malam Ahad lalu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan setinggan berkenaan, motosikalnya dihalang dua lelaki menaiki motosikal jenis RXZ dipercayai warga Indonesia lalu merobek perut dan lengan mangsa hingga terburai, sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaludin, berkata orang ramai melihat kejadian itu segera menghantat mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, namun awal pagi tadi Rashidi disahkan meninggal dunia.

Sehubungan itu, polis sedang memburu wanita tukang cuci, bernama Zulfa Ismail atau Puteri, berusia 20 tahun bagi membantu siasatan. Wanita itu telah mengosongkan kediamannya dan telah tidak hadir bekerja sejak kejadian malam Ahad lalu.

Orang ramai yang mungkin mempunyai maklumat mengenai wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak itu supaya menghubungi IPD Shah Alam menerusi talian 03-55102222 atau balai polis berdekatan.

Mungkin juga mereka yang pernah bercinta dengan wanita itu sebelum ini boleh membantu dengan menyalurkan maklumat mengenai wanita berkenaan kepada pihak berkuasa!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10