nuffnang ads

Tuesday, November 16, 2010

JANGAN JADIKAN JALAN RAYA KITA SUNGAI MAYAT: KALAU TAK MAHU IKUT UNDANG-UNDANG, JADI MACAM ORANG INI LEBIH BAIK!!

SETIAP kali perayaan, kecenderungan jalan raya kita bertukar menjadi sungai mayat amat tinggi. Jalan raya berpotensi juga digelar sebagai pusara terpanjang.

Bagi mengelakkan nahas maut menelan korban jiwa yang banyak, patuhilah undang-undang dan adab ketika berada di jalan raya. Berhemahlah! Bertanggungjawablah! Bersabarlah! Perkara paling penting yang mesti ada dalam diri kita ialah berperikemanusiaanlah!

Jangan memotong di kawasan tidak dibenarkan, jangan memandu lebih had laju, memotonglah apabila selamat dan gunakan laluan sebelah kanan. Kenderaan yang perlahan pula duduklah di lorong kiri. Pastikan kenderaan, khususnya enjin, radiator, minyak enjin, tayar dan brek diperiksa sebelum memulakan perjalanan. Jangan lupa, bacalah Bismillah dan doa memulakan perjalanan menaiki kenderaan.

Ekori kenderaan di depan anda pada jarak yang selamat, terutama apabila jalan licin atau jalan kurang elok strukturnya. Patuhi peraturan 12 saat! Berikan isyarat apabila mahu menukar haluan dan isyarat pula berikanlah dengan betul dan pada jarak yang sesuai bagi memudahkan kenderaan di belakang memahaminya.

Cermin di kiri kanan kenderaan termasuk juga cermin pandang belakang bukan cermin solek! Ia adalah mata tambahan untuk membantu kita memerhatikan pergerakan kereta di belakang dan di sisi kanan atau kiri. Berhentilah apabila tiba di simpang! Tanpa lampu isyarat, berikan keutamaan kenderaan yang datang dari arah kanan atau jalan utama! InsyaAllah, jika sikap berhati-hati ada, kita akan selamat pergi dan balik. Jika difikirkan pesanan ini hanyalah lawak jenaka, tidak mengapa. Jadilah seperti orang di gambar bawah!!!! Mereka tidak memerlukan cermin pandang belakang atau lampu isyarat!!!!!!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10