nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

LELAKI BAKAR DIRI, HALANG KUIL DIROBOHKAN DI PUCHONG

SEORANG lelaki cedera parah selepas bertindak membakar diri sendiri sebagai cubaan menghalang pihak berkuasa merobohkan kuil di Puchong, Selangor, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, M Chakragunasegaran, 52, parah terbakar di badan dan mukanya dan dikejarkan ke Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, memberitahu Bernama, kejadian berlaku jam 9.50 pagi apabila 200 anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan Rela mahu memulakan kerja merobohkan sebuah kuil di Puchong.

Menurutnya, Chakragunasegaran kemudian menjerit meminta kuil tidak dirobohkan dan dia bertindak pantas membakar dirinya sebelum rebah. Dia bagaimanapun diselamatkan pihak berkuasa dan dikejarkan ke hospital.

Difahamkan MPSJ telah memberi notis kepada Jawatankuasa kuil berkenaan pada 26 Oktober lalu yang memberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kuil berkenaan. Ini kerana tapak kuil itu akan didirikan sebuah taman didikan kanak-kanak.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, polis telah membuat satu laporan berhubung kejadian itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10