ANGKARA cemburu, seorang suami dipercayai tergamak menikam dada isterinya dengan pisau di sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, beberapa hari lalu.
Mayat wanita warga Indonesia dikenali sebagai Riris Jesyca, 27, ditemui rakan yang menyewa rumah yang sama dalam keadaan separuh bogel dan pisau masih tertusuk di dadanya, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata sebelum itu rakan mangsa terhidu bau busuk dari arah bilik sewa berkenaan, kira-kira jam 2 petang.
Sebelum kejadian katanya, mangsa yang sudah tiga tahun menginap di negara ini dikatakan sering sahaja bertengkar dengan suaminya gara-gara cemburu.
Suami mangsa dikatakan menuduh isterinya itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga tidak pulang ke rumah selama beberapa hari . Jumaat lalu mereka bertengkar lagi menyebabkan suaminya mengarahkan mangsa keluar dari rumah.
Kata Abdul Rahim, polis tidak menolak kemungkinan mangsa ditikam suaminya selepas pergaduhan. Suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori kini diburu!