nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

KUMPULAN LELAKI BERSENJATA SERBU LOKAP, BEBASKAN 4 PENGEDAR DADAH TENGAH HARI KHAMIS

Antara kumpulan yang menyerbu lokap bersenjatakan raifel AK56/47
SEKUMPULAN lelaki menaiki motosikal dan pacuan empat roda yang bersenjatakan beberapa laras senjata api jenis AK56, menyerbu lokap Lembaga Pemasyarakatan Kota Lhokseumawe, di Acheh kira-kira jam 2.45 waktu Malaysia Khamis dan berjaya membebaskan 4 pengedar dadah yang ditahan di lokap itu.

Serbuan itu mengejutkan kesemua petugas lokap berkenaan yang tidak dibekalkan senjata api oleh pihak berkuasa.

Ketua lokap berkenaan, Edi Teguh Widodo, memberitahu Tribunews.com, kejadian bermula apabila seorag lelaki yang berlagak tetamu masuk dan berwatak baik. Bagaimanapun, sekelip mata dia mengeluarkan senjata api dari dalam jaket dipakainya dan menjerit minta pintu lokap dibuka.

Petugas yang ketakutan terpaksa membuka lokap dan seorang lagi lelaki bersenjata membantu sambil beberapa yang lain mengarahkan kesemua pengedar dadah menaiki kenderaan dan melarikan diri.

Menurut Edi, kesemua petugasnya juga diarahkan meniarap jika tidak mahu ditembak. Sehingga kini, polis sedang memburu kumpulan bersenjata itu bersama 4 pengedar yang dikenali sebagai Azahari, M Yamin, Yusriza Antoni dan Sarbaini.

Pihak berkuasa negara ini mungkin boleh mengambil langkah berwaspada kalau-kalau mereka melarikan diri ke negara ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10