nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

KAPAL TENTERA LAUT KOREA SELATAN TENGGELAM BERLANGGAR BOT NELAYAN: 1 MATI, 2 HILANG

SEBUAH bot tentera laut Korea Selatan dilaporkan tenggelam berhampiran Pulau Jeju, selepas terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah kapal nelayan laut dalam, menyebabkan seorang tentera terbunuh dan dua yang lain masih hilang, Khamis.

Jurucakap tentera dipetik China Daily memberitahu, kapal tentera seberat 150 tan itu rosak teruk dan tenggelam manakala kapal nelayan seberat 270 tan hanya mengalami kerosakan kecil.

Kejadian itu berlaku ketika kapal tentera laut dalam perjalanan pulang selepas meronda di sekitar perairan berdekatan Pulau Jeju.

Kapal nelayan laut dalam itu dilaporkan ditunda ke Pulau Jeju.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10