nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

KORBAN MUSIM BANJIR KEEMPAT: KANAK-KANAK OKU 12 TAHUN LEMAS DI BACHOK

BANJIR terus meragut mangsa. Korban keempat, seorang kanak-kanak OKU berusia 12 tahun ditemui lemas di dalam tali air kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat, Malek Che Omar, berkata Siti Nor Ikma Mohd Rosli, dikatakan bermain sendirian di tali air di Kampung Kubur Tok Din, Repet, Bachok kira-kira jam 4 petang semalam.
 
Kehilangannya disedari ahli keluarga selepas mendapati dia tiada di rumah dan keluar mencarinya. Mereka hanya menemui selipar Siti Nor di tepi tebing tali air.

Pasukan penyelamat kemudian menjalankan gerakan mencari dan menemui mayatnya di dasar tali air itu kira-kira jam 6.45 petang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10