nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

AKAL KENA BUKAK, TELINGA JANGAN PEKAK

PEMILIK sebuah syarikat pengiklanan mesej saya. Katanya, boleh tolong buat translation untuk iklan produk kecantikan tak? Katanya, tukar dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Saya kata boleh. InsyaAllah.

Kemudian saya teringat cerita seorang kawan lain. "Ada kawan kita sudah silap dengarlah. Dia tanya pekerjanya ayah kerja apa. Si perempuan itu pun kata school bus driver.

Cerita kawan yang itu lagi: "Kau nak tahu apa yang kawan tu cakap semula selepas dengar jawapan pekerjanya?"

Saya tanya apa?

"Kawan tu kata ayah pekerjanya kerja scuba diver!"

Moral cerita ini ialah, bukan akal sahaja kena bukak kalau mahu faham sesuatu, tapi telinga juga jangan pekak!

Teringat mesej kawan yang menawarkan job translation itu, saya gelak teringat cerita kawan lain tentang seorang lagi kawan yang mati-mati berkata ayah pekerjanya bekerja sebagai scuba diver. School bus driver sudah jadi scuba diverlah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10