nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

KALAU PEMIMPIN KITA BEGINI, AMAN NEGARA

KISAH SATU

DS NAJIB      : Tak apalah tok guru. Tok Gurulah jadi Perdana Menteri. Saya pun muda lagi. Tok Gurulah pula cuba pimpin negara kita.
TG NIK AZIZ: Hishh..janganlah macam ni. Kamulah pimpin. Kamu muda lagi. Banyak tenaga. Kalau ada apa-apa masalah kita sama-sama bincanglah.
DS NAJIB     : Saya seganlah tok guru. Nanti apa pulak kata orang. Saya bukannya pandai sangat. Tok gurulah jadi Perdana Menteri ya. Kalau perlu apa-apa bantuan, saya tolong.
TG NIK AZIZ: Ambo lagi segan. Nanti orang kata ambo gila kuasa.
DS NAJIB     : Kalau macam ni kita bincanglah nanti. Saya tak mahu berebut-rebut. Jawatan Perdana Menteri ni besar tanggungjawabnya. Ini jawatan besar amanahnya. Saya bagi masa tok guru fikir-fikirkan. Nanti kalau tok guru dah sedia, cakaplah saya ya.
TG NIK AZIZ: Jangan Jib. Ambo tak mahulah macam ni. Kamu balik nanti, kamu fikirkan lagi. Kamu layak. Apa nak segannya.

KISAH DUA (DI GALAS)

ABD AZIZ: Assalamaualaikum Dr..(sambil berjabat tangan)
DR ZUL    : waalaikumussalam. (tersenyum)
ABD AZIZ:  Dah habis kempen ke? Dari mana tadi?
DR ZUL    : Alah...kempen sikit-sikit. Dari rumah sana tu..
ABD AZIZ: Penat kan dr?
DR ZUL    : Haah...yalah. Kamu dah habis kempen belum?
ABD AZIZ: Alah...sama aje macam dr. Kempen sikit-sikit.
DR ZUL    : Apa kata saya tarik diri? Kamu sajalah ambil tempat ni..
ABD ZIZ   : Eheh..jangan macam tu dr. Saya pun macam dr juga. Saya ingat nak tarik diri. Dr lah jaga kawasan ni..
DR ZUL    : Saya malulah. Bukan senang nak jadi Adun ni. Saya ingat...kamu ajelah yang jadi Adun sini. saya ikhlas ni..
ABD AZIZ: Jangan macam tu dr...Dr lah yang jadi Adun sini. Saya ni apalah sangat..
DR ZUL    : Jangan cakap macam tu...saya ni lagilah. Bukan pandai sangat pun..Kamu sajelah..saya tarik diri ya.
ABD AZIZ: Jangan...jangan dr..kita kan kawan..saya ikhlas sangat ni. Dr lah jadi wakil sini ya..
DR ZUL    : Aduhhh...susahlah macam ni. Saya tak pandai...
ABD AZIZ:Aduhhh...saya punn susahlah macam ni...
DR ZUL    : Kita balik dululah. Nanti kat rumah kamu fikir-fikirkanlah ya...
ABD AZIZ: Dr ajelah...saya malulah dr...

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10