nuffnang ads

Sunday, November 7, 2010

IBU BERPELUKAN ANAK KECIL, DITEMUI RENTUNG DALAM KEBAKARAN

KASIH ibu sampai ke mati. Seorang ibu Lenny Mariyana Daud, 29, menepati kata-kata itu apabila ditemui berpelukan dengan anaknya, Norsabihah Qasreena Mohd Nizam, 3 tahun, di atas katil dalam kebakaran yang memusnahkan bilik mereka awal pagi tadi.

Kebakaran jam 1 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dan ibu Lenny yang tidak mahu namanya disebut memberitahu ada terdengar jeritan anaknya meminta tolong. Apabila dia keluar, didapatinya bilik Lenny telah disambar api marak.

Mayat dua beranak itu ditemui di atas katil berpelukan, di rumah mereka di Kampung Parit Lapis Seri Paya Darat, Air Hitam, Batu Pahat selepas kerja memadamkan api selesaikan dilakukan pihak bomba.

Tujuh anggota keluarga lain yang turut menghuni di rumah berkenaan bagaimana berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ibrahim Mohd Aris berkata, jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk dibesah siasat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10