nuffnang ads

Sunday, November 7, 2010

16 TERAPUNG DI LAUT 18 JAM SEBELUM DISELAMATKAN.

SERAMAI 16 penumpang bot yang karam akibat kebocoran di Pulau Tenggol, Dungun malam tadi menempuh pengalaman mendebarkan apabila terpaksa mengapungkan diri menggunakan jaket keselamatan selama 18 jam sebelum diselamatkan pihak berkuasa.

Tiga daripada mereka kini parah, termasuk seorang kanak-kanak empat tahun, Mohd Danial Aiman Mohd Zulkifli dan ibunya yang mengandung 4 bulan, Noraini Sosilawati dan Badrul Hisham Sariman.

Ketua PGM Wilayah 3, ACP Mohd Salleh Mat Jani,  berkata keadaan laut yang bergelora menyukar gerakan menyelamat, tetapi berkat usaha termasuk APMM, bomba dan Tentera Laut DiRaja kumpulan yang terapung itu berjaya ditemui.

Seramai 100 anggota penyelamat terbabit dalam gerakan mencari itu sebaik sahaja dimaklumkan oleh syarikat yang menganjurkan rombongan berkenaan dan pemilik bot.

Menurut Mohd Salleh, tindakan seorang daripada mangsa melontarkan jaketnya ke udara berjaya dikesan pasukan mencari dan mereka diselamatkan segera, ketika berada kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Tenggol.

Mereka yang lain cedera ringan turut dirawat di Hospital Daerah Kemaman, bersama tiga yang parah. Berdasarkan senarai, mangsa adalah seperti berikut:

Zulkafli Yahya (pemandu bot)
Salman Mohd Kasim,
Muhamad Aman
Azhar Ahmad
Mazli Abdul Malek
Loo Kit Choong
Mohd Zulkifli Mat Daud
Mohd Azharini Mohd Amin
Anis Safina
Ayu Haida Sulaiman
Aida
Noazizimimah
Mohd Danial Mohd Zulkifli
Noraini Sosilawati
Badrul Hisham Sariman

Mereka ditemui kira-kira jam 10 pagi dan dibawa terus ke Pengkalan Marin Kemaman jam 11 pagi sebelum digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Turut serta rombongan penyelam yang kebanyakannya berasal dari Kuala Lumpur itu ialah seorang jurulatih penyelam dan doktor. 15 mereka juga mempunyai lesen menyelam. Mereka menaiki sebuah bot D-Guardian Katamaran dan rombongan itu dianjurkan oleh sebuah syarikat pelancongan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10