nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

DUA INDIVIDU SAMAN SOSILAWATI 25 HARI SEBELUM DIA DIBUNUH!

DUA ahli perniagaan memfailkan saman ke atas syarikat Nouvelle Beauty Sdn Bhd, 25 hari sebelum pemiliknya, Datuk Sosilawati Lawiya dibunuh bersama tiga yang lain di Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.

Saman itu difailkan oleh Low Choong Yen, 59 dan Lim Bee Geok, 52, kerana mendakwa syarikat milik Sosilawati itu melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, hilmiah Yusof.

Peguam S H Tang yang mewakili kedua-dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes berkenaan disebut manakala syarikat Nouvelle Beauty tidak diwakili peguam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10