nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

DUA BEKAS JUARA BINA BADAN ASIA DIPENJARAKAN KERANA MENJADI JUARA RASUAH!

DUA bekas juara bina badan Asia, Chan Siu-Man, 40 dan Chan Yun-To, 44, masing-masing dikenakan hukuman penjara kerana didapati bersalah kerana melakukan perbuatan rasuah.

Yun-To bekas juara Sukan Asia, pernah gagal doping dadah, bersalah kes rasuah dan kini menerima hukuman penjara 16 bulan.
Kenyataan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) yang dipetik Xianhua memaklumkan, Siu-Man, yang juga bekas Pengerusi Persatuan Bina Badan Hong Kong, dihukum penjara 3 tahun, manakala Yun-To dipenjara selama 16 bulan.

Kedua-duanya selain pernah menjuarai sukan Asia, termasuk Yun-To yang memenangi emas katogeri 75 kilogram, juga pernah gagal ketika ujian doping dadah.

Siu-Man dan Yun-To dalam salah satu tuduhan didapati bersalah cuba menawarkan rasuah kepada Setiausahaa Agung Persatuan Bina Badan Asia, Paul Chua, wang sebanyak RM31,000 bagi tujuan mempengaruhi badan itu memendekkan larangan ke atas Yun-To supaya membolehkan dia menyertai Sukan Asia di Doha pada 2006.

Yun-To pada 2005 gagal ujian doping menyebabkan dia dilarang oleh badan induk persatuan bina badan Asia daripada menyertai mana-mana pertandingan.

Selain kedua-duanya, ada lagi suspek lain yang telah disiasat ICAC dan menerima hukuman berbeza.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10