TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengeluarkan arahan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersiap sedia menyelia persiapan menghadapi gelombang banjir kedua yang dijangka melanda Johor dan Pahang, bila-bila masa sahaja.
Menerusi arahan itu, MKN diarahkan supaya memastikan semua agensi terbabit dalam menangani bencana seperti Angkatan Tentera Malaysia (AM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan JKKK bersiap sedia mulai sekarang.
Difahamkan, hujan lebat dan ribut yang dijangka membawa bencana bakal berlaku mulai petang ini terutama di Johor dan Pahang.