KETIKA keadaan banjir di Kelantan kembali pulih, angka mangsa banjir dipindahkan di Kedah dan perlis terus meningkat. Sehingga pagi ini, hampir 55,000 orang dikatakan telah dipindahkan.
Jumlah pemindahan meningkat di Kedah apabila ia mencecah lebih 40,000 orang, manakala selebihnya di Perlis. Walapun hujan dilaporkan telah berhenti, namun air di kebanyakan sungai masih berada di paras berbahaya.