nuffnang ads

Tuesday, November 16, 2010

BABI BETUL: TIKAM KAWAN SAMPAI MATI TAK PUAS HATI AGIHAN DAGING BABI

DEK kerana tak puas hati pengagihan daging babi hutan, seorang lelaki ditikam sampai mati oleh dua rakannya sendiri dalam satu kejadian di rumahnya di Ladang Sungai Samak, Hutan Melintang, Teluk Intan, malam kelmarin. Babi betul!

K Perumal, 27, mati dalam perjalanan ke klinik selepas ditikam beberapa kali menggunakan pisau lipat kira-kira jam 9 malam.

Kejadan itu dipercayai berlaku selepas mangsa dan dua rakannya pulang daripada berburu babi hutan. Kedua-dua rakannya, berusia 21 dan 24 tahun dikatakan tidak berpuas hati mengenai agihan daging babi selepas mangsa dipercayai cuba menipu macam dalam cerita P Ramlee.

K PERUMAL..babi punya fasal, dia temui ajal
Mungkin juga rakannya mahukan bahagian hidung dan ekor, tetapi mangsa telah terlebih awal mengambilnya kemudian mengatakan bahagian itu telah dimakan anjing. Kedua-dua suspek datang ke rumah mangsa dan terlihat bahagian usus babi di depan rumah mangsa.

Kedua-duanya naik berang dan memanggil mangsa yang sedang berehat di dalam rumah selepas kekenyangan bersama keluarganya. Berlaku pertengkaran, lalu kerana marah fasal agihan daging babi yang tidak betul, dua suspek menikam tanpa belas simpati.

Ketua Polis Daerah Teluk Intan, ACP Goh Kok Liang,  mengesahkan kedua-dua suspek berang apabila menjumpai bahagian usus babi di depan rumah mangsa. Kejadian itu berakhir dengan pembunuhan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10