nuffnang ads

Monday, November 22, 2010

ASP CHE ANUA CHE OMAR DIDAKWA MEROMPAK

SEORANG pegawai polis, Asisten Superintendan Polis (ASP) Che Anua Che Omar, 54, hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan bersama seorang lagi yang lain merompak seorang juruteknologi makmal perubatan pada 5 Mei 2009 yang lalu.

Che Anua yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) polis Cheras, didakwa di Mahkamah Sesyen merompak Ahmad Shabri Halami, 29,  kira-kira jam 9 malam membabitkan wang tunai, barangan kemas dan telefon bernilai RM10,000.

Perbuatan itu dilakukannya di sebuah kediaman di nombor 44-3, Blok B, Rampai Court, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Che Anua membuat pengakuan tidak bersalah di atas dakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Jagjit Singh, membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10