nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

ANGGOTA POLIS DAN PENGURUS PEMASARAN TERBUNUH, KERETA BERTEMBUNG

SEORANG anggota polis dan pengurus pemasaran maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM42.8 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, berdekatan Pekan Nenas, Pontian kira-kira jam 4.50 awal pagi tadi.

L/Koperal Omar Hussein, 43, mati di tempat kejadian apabila kereta Perodua Kenari dinaikinya bertembung kereta Perodua Kancil dipandu pengurusa pemasaran, Nazatul Shima Nordin, 33. Nazatul meninggal di Hospital Pontian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata Omar bertugas di Balai Polis Tanjung Kupang, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nusajaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata Omar amat disenangi di kalangan rakan-rakan dan telah berkhidmat lebih 25 tahun di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak yang berusia di antara 4 dan 14 tahun. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi 07-2212999.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10