nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

ANAK MAHU SELAMATKAN AYAH TURUT TERKORBAN TERKENA DEBU PANAS MERAPI

USAHA seorang anak untuk membawa ayahnya keluar daripada kampung ekoran arahan pihak kerajaan supaya menjauhi Gunung Merapi, berakhir dengan tragedi apabila si anak terkorban bersama ayah dan bapa saudaranya di sebuah masjid, kira-kira 4 kilometer dari gunung itu semalam.

Adrianto, 24, sebelum itu diarahkan ibunya supaya memanggil ayahnya, Sarnotomo, 45, dan bapa saudara anaknya, Widhodo, 30 di masjid kerana debu panas Merapi semakin hampir. Namun usahanya itu tidak berhasil apabila debu panas begitu pantas menyambar ketiga-tiganya ketiga mahu bersembahyang magrib.

Ibu Adrianto, Ngatiyem, 45, berkata jam 6 petang semalam kerajaan mengarahkan semua penduduk meninggalkan Kinahrejo kerana Gunung Merapi mengeluarkan letusan panas, namun suaminya bertangguh untuk bersembahyang terlebih dulu.

Apabila Adrianto mahu menjemput ayahnya itu, usahanya telah terlambat kerana debu panas yang keluar dari kubah Gunung Merapi menyambar mereka bertiga.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10