SEPASANG suami isteri, Rudi Ramlan dan isterinya Susanti mula melihat ada yang tidak kena dengan ayam betinanya yang seekor itu. Perubahan itu mereka kesan sejak tiga bulan lalu.
Ayam betina yang telah bertelur beberapa kali sebelum ini, tiba-tiba bertukar sifat. Perubahan pertama dikesan oleh pemiliknya ialah apabila mendapati balung di kepala dan lehernya mula membesar.
Selepas itu, taji di kakinya mula panjang dan menajam seperti ayam jantan. Kemudian ayam betina itu mula mencabar ayam jantan lain di sekitar rumah tuannya apabila sudah pandai pula berkokok!
Selepas itu ada lagi perubahan berlaku. Dia asyik mengendeng ayam betina dan baru-baru ini dia mula kesedapan menenggek beberapa ekor ayam betina yang sebelum ini sekumpulan dengannya.