VIDEO penderaan tentera Indonesia ke atas beberapa lelaki Papua yang tersebar sejak semalam, akhirnya dipadamkan oleh YouTube hari ini.
Video berjudul "Indonesia Military 111 Tread and Torture Indigenous Papuans" hanya mampu bertahan 22 jam di laman berkenaan. Namun kerajaan Indonesia dilaporkan amat berdukacita dengan kejadian itu.
Video berkenaan memaparkan aksi-aksi ganas tentera termasuk penderaan menekan alat sulit seorang lelaki Papua yang telanjang menggunakan kayu yang telah dibakar hujungnya, selain diacukan senjata api dan parang ke mulut seorang lelaki lain.