nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

DUA PENGETUA MELAYU DITUKARKAN SERTA-MERTA. PUAS HATI? NAMEWEE PULA MASIH BEBAS

DUA nasib berbeza bagi dua kumpulan rakyat berbeza nama dan warna kulitnya. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau, Kedah dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Putra di Kulai, dikenakan tindakan pindah serta-merta. Tapi Namewee yang jelas menghina dan mengaibkan negara, orang Melayu dan agensi kerajaan masih lepas bebas!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sebentar tadi memberitahu tindakan ke atas dua pengetua yang didakwa kononnya rasis telah ditukarkan serta-merta 23 Ogos lalu.

Menurutnya, pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra Kulai, ditukarkan ke pejabat pelajaran Johor manakala pengetua SMK Bukit Selambau dipindahkan ke pejabat pelajaran daerah Kuala Muda, Kedah.

Selepas dimaklumkan tindakan yang telah diambil itu, dua ahli parlimen keturunan Cina mewakili DAP masih bertanya lagi. Maka kini gembirakah Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong, antara ahli politik yang sebelum ini lantang mendesak dan bertanyakan tindakan ke atas kedua-dua pengetua berkenaan.

Memang tindakan tidak diambil berdasarkan kaum. Memang. Cuma bagaimana pula hati orang Melayu atau orang Cina atau orang India yang hairan bin pelik bin ajaib tentang tiadanya tindakan ke atas Namewee yang menghasilkan klip video berbau perkauman dan sensitif sebelum ini?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10