nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

UPDATE: PENGAWAL TERTIDUR, 12 BAS HANGUS.

PENGAWAL keselamatan yang sepatutnya menjaga depoh simpanan bas Ekspress Budaya, milik syarikat Transline Ekspress Sdn Bhd, di Kampung Panji Tengah, Pengkalan Chepa malam semalam, didakwa tertidur ketika api memusnahkan 12 bas di depoh itu.

Hangus...12 bas ekspress Budaya musnah dalam kebakaran malam semalam (Gambar KOSMO)
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipul Bhari Mohd Noor, berkata pihaknya hanya menerima panggilan daripada orang awam jam 12.32 kerana pengawal yang bertugas didakwanya tertidur semasa kejadian.

Bagaimanapun, katanya pasukan bomba dan penyelamat terus bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan lima anggota dalam tempoh tiga minit berdasarkan kedudukan balai yang terletak hanya dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, bomba tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebakaran telah marak dan memusnahkan hampir 70 peratus bas yang terbabit.

Kerugian dianggarkan RM6 juta berdasarkan harga semasa bas yang dikatakan mencecah RM500,000 sebuah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10