nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

BETULKAH NAMA HELMI BERNASIB MALANG: MISALNYA DIDUGA KEHILANGAN TUNANG?

BETULKAH sesiapa bernama Helmi bernasib malang? Misalnya dalam hidup akan kehilangan tunang? Bulan ini dua pemuda bernama Helmi berdepan nasib serupa.

Seorang kehilangan tunang kerana melarikan diri kerana enggan berkahwin. Seorang lagi kehilangan tunang tanpa sebab. Namun itu hanyalah kebetulan kerana nama tidak pernah membawa malang kecuali ia ditentukan Allah. Yang pasti setiap kejadian mempunyai hikmah.

Kisah dua lelaki bernama Helmi kehilangan tunang masing-masing bulan ini, tiba-tiba menarik perhatian kita. Mohd Helmi yang berasal dari Johor, telah pun selamat menutup bukunya. Rozaliya, tunangnya yang melarikan diri kerana enggan bersatu, telah diputuskan ikatannya.

Kini nasib malang yang menimpa Helmi Afendi Aris dari Kuala Sanglang, Perlis pula menjadi bualan. Tunangnya, Siti Sakinah, masih belum pulang selepas dilaporkan hilang sejak 16 Oktober lalu. Mereka dijangka bernikah 20 November depan.

Namun bagi Helmi Afendi Aris, kehilangan Siti Sakinah tetap ditunggunya. Dia percaya Sakinah pasti pulang kerana mereka tidak menghadapi masalah sebelum ini. Malah hubungan mereka direstui keluarga.

Tidak seperti Rozaliya yang terang-terang mengakui tidak lagi mahu bersama tunangnya, Siti Sakinah dikatakan tidak meluahkan kata-kata benci kepada tunangnya. Kehilangannya bagaikan sesuatu yang misteri.

Kepada yang bersimpati, marilah bersama prihatin, semoga kesedihan tunangnya, Afendi Aris terubat dan penantiannya berakhir dengan berita gembira.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10