nuffnang ads

Tuesday, October 19, 2010

TUNANG ROZALIYA MESTI BERANI DEDAHKAN APA SEBENARNYA MOTIF KEHILANGAN TUNANGNYA ITU

MOHD HELMI, tunang Rozaliya Mat Lazim, yang dia sendiri dakwa diculik dua lelaki sejak 13 Oktober lalu, seharusnya menjadi seorang lelaki yang benar-benar lelaki, menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di antara dia dan Rozaliya.

Kini jari semakin menuding ke arah dia sebagai dalang kehilangan tunangnya sendiri. Dan dia mesti keluar dari 'pesembunyian' dan datang ke balai polis membuat pengakuan. Mohd Helmi kena berani kalau ada hati mahu bergelar sebagai seorang suami!

Membuat laporan atau dakwaan palsu amat buruk musibahnya dan Mohd Helmi harus faham dan reti. Bermain wayang dengan skrip yang tidak tentu hujung pangkal akan menyebabkan diri sendiri yang susah.

Ada orang mendakwa melihat dia di tempat awam bersama Rozaliya! Apakah maknanya itu? Mohd Helmi harus sedar, Malaysia ini terlalu sempit. Mudah-mudahan hari ini hati kamu akan terbuka dan leraikanlah segala yang bersimpang perenang di sebalik kisah tunang kamu diculik.

Jika kamu benar, buktikan bahawa kamu tidak mempunyai agenda di sebalik kehilangan Rozaliya. Mesti berani kerana benar untuk mempertahankan persepsi buruk orang terhadap kamu wahai Mohd Helmi! Ayuh Mohd Helmi, jika kamu yang bersalah pulangkan sahaja Rozaliya ke rumah keluarganya atau ke balai polis terdekat dan selesaikan segalanya dengan cara lebih berhemah.

Jika kamu masih di pihak benar, seluruh rakyat Malaysia akan berdoa untuk membantu kamu. Percayalah untuk menjadi suami yang sejati, harus belajar dulu bagaimana mahu menjadi lelaki sebenar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10