Benarkah wujud dua lelaki yang didakwa melarikan Rozaliya? Benarkah dua mesej yang diterima oleh tunangnya benar-benar dihantar oleh Rozaliya sendiri. Tidak mustahil ada pihak lain yang diupah untuk melakukannya.
Berdasarkan beberapa keraguan yang dimaklumkan oleh ibu Rozaliya, tidak mustahil kes kehilangan Rozaliya menjurus kepada satu perbuatan bodoh? Jika benar, tentulah Mohd Helmi akan dijadikan suspek utama dan motif kehilangan Rozaliya pula tentu ada kaitan dengan masalah peribadi.
Ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, mendedahkan anaknya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya dengan Mohd Helmi sebelum ini. Malah bapa saudara Rozaliya juga memberitahu Sabariah yang Rozaliya mengadu Mohd Helmi pernah cuba melakukan perkara tidak baik ke atasnya sebelum ini.
Benarkah hubungan Rozaliya dengan Mohd Helmi bermasalah? Persoalannya di mana dia sekarang? |
Jika benar, Mohd Helmi berdepan seribu kemungkinan yang dia sahaja boleh menjawabnya. Paling penting dia mesti mengembalikan Rozaliya dalam keadaan selamat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha pula berkata, langkah pertama polis ialah motif di sebalik kehilangan Rozaliya.
Kita berharap Mohd Helmi di pihak yang benar dan jika dia berlaku di sebaliknya pula, dia mestilah juga bertanggungjawab dan memastikan Rozaliya pulang dalam keadaan sempurna. Jika ada masalah sekalipun,ia boleh diselesaikan secara baik.