nuffnang ads

Tuesday, October 19, 2010

UPADTE: TRAGEDI NAHAS BOT. EMPAT MAUT, JUMLAH SEBENAR LEMAS TIDAK DIKETAHUI

TIGA lelaki dewasa dan seorang bayi disahkan menjadi mangsa lemas bot karam selepas bertembung sebuah bot tunda di Sungai Kakus, Sarawak, semalam. Bot itu dipercayai membawa 30 penumpang dari Tatau ke Hulu Kakus.

Amat menyedihkan, hampir kesemua penumpang bot berkenaan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian.

Ketua Gerakan Marin, ACP Taib Sabot berkata gerakan akan bersambung hari ini untuk mencari mereka yang disyaki tenggelam atau hanyut.

Bagaimanapun, katanya, senarai sebenar mereka yang hilang masih belum dikenapalsti kerana tiada data tepat mereka yang menaiki bot ekspress itu.

Sementara itu Ketua Polis Tatau, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar pula berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu bot ekspress cuai kerana memotong bot tunda dan terlanggar tali sebelum tengelam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10