nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

TUKANG TILIK DIDAKWA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN 10 KANAK-KANAK BERUSIA 13 DAN 14 TAHUN

SEORANG tukang tilik berjaya meramalkan keinginannya untuk melampias nasfu bersama 10 kanak-kanak bawah umur, tetapi dia gagal meramal nasibnya selepas itu, apabila ditahan dan didakwa polis kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.
 
Lim Chanthorn, tukang tilik paling popular di Phnom Penh, didakwa di mahkamah Munisipal Phnom Penh semalam atas beberapa tuduhan, termasuk melakukan perbuatan tidak bermoral dan membayar bagi mendapatkan khidmat seks.

Keo Thea, Pengarah Anti Pemerdagangan Manusia dan Biro Perlindungan Juvana, berkata Lim seorang tukang tilik terkenal didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 10 kanak-kanak perempuan berusia 13 dan 14 tahun dengan membayar RM7 setiap seorang selepas melampiaskan nafsunya. (The Phnom Penh Post)

Jika sabit kesalahan, Lim yang mengaku tidak bersalah boleh dihukum penjara antara 1 hingga 3 tahun bagi setiap tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan penjara di antara 7 hingga 15 tahun ke atas setiap kesalahan membayar bagi mendapatkan khidmat seks.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10