nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

TSUNAMI RANAPKAN 200 RUMAH DI PULAU MENTAWAI

KERAJAAN Indonesia hanya mengetahui adanya Tsunami setinggi lebih dua meter di Pulau Mentawai, awal pagi ini akibat masalah komunikasi yang terputus di pulau berkenaan ekoran gempa bumi berskala 7.2 Richter malam tadi.

Tsunami yang menimpa pulau itu jam 12.40 waktu Malaysia, telah menghanyutkan lebih 200 rumah manakala sebuah kapal layar dinaiki dua warga asing yang kebetulan dilihat penduduk berada di pantai pulau itu turut tenggelam dibawa arus tsunami.

Seorang penduduk yang sempat menghubungi pihak berkuasa menggunakan teelfon bimbit memaklumkan prasarana di pulau ini kini musnah.

Laporan terbaru menyatakan jumlah korban mungkin berlipat ganda daripada 23 orang yang disahkan sehingga kini. Ini kerana ketika tsunami berlaku, kesemua penduduk sedang lena di dalamm rumah masng-masing.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10