nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

BEKAS AHLI PARLIMEN AUSTRALIA ANTARA 10 RAKYAT NEGARA ITU HILANG DALAM TSUNAMI KECIL DI PULAU MENTAWAI

BEKAS ahli parlimen New South Wales, Australia, Alex Mc Taggart adalah di antara 10 rakyat Australia dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus tsunami kecil di Pulau Mentawai selepas gempa melanda pulau itu malam tadi.

Mc Taggart dikatakan bersama Clifford Humphries, Gary Mountford, Stephedn Reynolds, Christopher Papallo, Neil Cox, Jeffrey Annesley, Scurrah dan Collin Steel dikatakan sedang berada di kapal layar mereka di pantai berkenaan ketika kejadian.

Laporan AFP dipetik melaporkan, kapal layar berkenaan dikendalikan seorang rakyat Jepun dikenali sebagai Akinori. Mereka menempah kapal layar itu daripada sebuah syarikat Indonesia, Sumatran Surfariis.

Kedutaan Australia di Jakarta dikatakan telah cuba menghubungi Scurray, ketua kumpulan itu, tetapi gagal sehingga kini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10