Sebahagian lagi gambar yang dirakam daripada video penderaan tentera Indonesia ke atas dua lelaki Papua, wilayah yang diberikan pemerintahan autonomi oleh Indonesia sejak 10 tahun lalu. Ada di antara penyiasat Indonesia yang melakukan penderaan itu dilaporkan bertutur dalam bahasa Jawa dan Ambon. gambar terbaru ini menimbulkan keresahan di kalangan pemerintah Indonesia, ekoran pelbagai masalah yang mengganggu pentadbiran negara itu sejak kebelakangan ini. |