nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

KEBAKARAN DI SIBU: IBU MENGANDUNG 8 BULAN TERJUN BERSAMA ANAK DUA TAHUN

DEMI kasih pada anak, seorang ibu yang hamil lapan bulan sanggup menggadaikan nyawa, apabila terjun dari tingkat satu sambil memeluk anak lelakinya yang berusia dua tahun untuk menyelamatkan diri dalam satu kebakaran awal pagi semalam.

Sebahagian kanak-kanak mangsa kebakaran di flat Brooke Drive pagi semalam (Gambar ehsan The Borneo Post)
Kedua-dua ibu dan anaknya itu, selamat mendarat ketika puluhan penghuni lain di flat empat tingkat di Brooke Drive Sibu, terbakar kira-kira jam 3.30 pagi.

Tiga wanita lain dilaporkan cedera dalam kebakaran yang mencetuskan kekecohan kerana dipercayai bermula daripada kebakaran empat buah motosikal di tingkat bawah flat berkenaan. Ada di antara mangsa dikatakan terjun lebih tinggi dari aras satu flat berkenaan.

Seorang pemandu lori seperti dilaporkan oleh The Borneo Post terlihat kebakaran membabitkan motosikal di tingkat bawah flat berkenaan dan bertindak menghubungi polis dan bomba.

Bagaimanapun, setakat ini bomba dan polis belum dapat mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10