nuffnang ads

Sunday, October 10, 2010

TERKINI! TERKINI! 11 TERBUNUH KEMALANGAN BABITKAN BAS EKPRES, VAN DAN KERETA

SEBELAS orang terbunuh dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah bas ekspres, sebuah van dan tiga kereta di Km 223, Lebuhraya Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, di Negeri Sembilan sebentar tadi.

Kini laluan ke utara dan selatan lebuhraya itu mengalami kesesakan teruk. Polis bersama beberapa kereta peronda dan ambulan telah dikejarkan ke lokasi kemalangan bagi mengawasi lalu lintas dan memberi rawatan kepada mereka yang tercedera.

Panggilan telefon kepada salah seorang pemandu kereta yang dalam perjalanan menggunakan lebuhraya itu, memaklumkan anggota bomba dan penyelamat sedang bertungkus lumus menyelamatkan penumpang yang tersepit.

Difahamkan, salah sebuah bas ekspress separuh terbalik apabila terbabas lalu melanggar penghadang jalan sebelum merempuh beberapa kenderaan lain. Setakat ini sekurang-kurangnya lapan dilaporkan cedera, termasuk seorang parah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10