nuffnang ads

Sunday, October 10, 2010

ISU CINTA ERNI DEKRITAWATI: ZUL KENA BANYAK BERSABAR

ZULKIFLI Bujang rasa tertekan dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut fasal 'nikah'. Kata Zul, laporan itu keterlaluan dan ketika keluarga Erni masih bersedih dengan pemergian bonda tercinta, Datuk Sosilawati, Zul berharap isu cinta dan kasih sayang janganlah terlalu sangat dibangkitkan.

Simpati memang simpati. Zul telah jelaskan dia tiada apa-apa yang istimewa dengan Erni. Erni juga sama. Mereka rapat bukan sekarang. Sejak dulu lagi, sebab Zul kini seorang pembaca berita BernamaTV, pernah menjalankan kerja-kerja konsultansi berkaitan perniagaan Sosilawati.

Yang lebih menyakitkan hati Zul ialah apabila ada orang menyindir dalam internet dengan kata-kata yang tidak enak. Sebahagian kata-kata itu seolah-olah bermaksud Zul cuba ambil kesempatan berkawan dengan Erni untuk mendapat kesenangan. Yang ini keterlaluan. Memang keterlaluan.

Kalau betul Zul ada hati pada Erni, apa salahnya. Begitu juga Erni. Cinta dan kasih sayang tak ada batas dan sempadan. Cuma janganlah dalam keadaan sekarang, ada pihak cuba menangguk keuntungan dengan menjadikan isu Zul dan Erni sebagai modal berniaga maklumat!

Zul pun dulu wartawan jenayah. Dia tahu juga serba sedikit tentang dunia kewartawanan. Biarlah dia dan Erni dengan cara mereka. Untuk sementara ini mungkin mereka lebih memikirkan soal kesedihan yang masih membanjiri ruang jiwa keluarga Sosilawati. Tentang cinta mereka, biarlah. Sampai masa mereka akan bercerita juga. Zul kena banyak bersabar. Zul kena bersabar banyak-banyak!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10