nuffnang ads

Sunday, October 3, 2010

TERKINI TENTANG KES TAUFIK HIDAYAT DAN TIGA YANG LAIN DITEMBAK MATI

LEWAT petang tadi, buruan polis Indonesia ke atas enam kepala pengganas/perompak paling dikehendaki di negara itu berakhir apabila empat di antaranya dibunuh dan dua yang lain diberkas.

Setakat ini yang disahkan terbunuh ialah Taufik Hidayat ketua rompakan bank CIMB Niaga di Medan, Zulkarnain, Dedi dan Fauzi. Ketiga-tiga bersama Taufik yang telah menjadi arwah ini dikatakan turut terbabit dalam rompakan yang sama.

Sementara kepala yang mengetuai serangan sehingga membunuh tiga anggota polis di sebuah markas polis, sebagai tindakan membalas dendam pembunuhan tiga ahli kumpulan mereka ditembak mati, Robin Simanjuntak pula masih kritikal. Dia ditahan bersama orang kanannya, Awan Dedi.

Polis pencegah keganasan menyerbu tempat persembunyian pengganas berkenaan selepas beberapa hari berbalas tembak, di sebuah kawasan bukit di Dolok Masihul, Sumatera Utara.

Mayat Taufik Hidayat dibawa keluar dari kawasan bukit selepas dia senyap terkena tembakan polis.
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah selaras AK 47, dua laras M-16, dua pucuk pistol jenis FN, 700 peluru dan empat kelopak peluru.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10