EMPAT lelaki yang juga suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Banting, sebentar tadi atas empat pertuduhan membunuh.
Keempat-empat mereka ialah N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mereka didakwa di depan majistret Hurman Hussain.
Dakwaan ke atas peguam N Patmanabhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia manakala selebihnya dibaca di dalam bahasa Tamil.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham Mohammad, 38, Ahmad Kamil Abd karim, 32 dan Kamarudin Shamsuddin, 47.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.