SEORANG ahli perniagaan dilaporkan mengalami kerugian paling menakutkan apabila hanyut $100 juta dalam beberapa hari apabila kalah berjudi di dua pusat perjudian, Resort World Sentosa dan di Marina Bay Sands, di Singapura kelmarin.
Itu adalah kerugian berjudi paling besar dilaporkan media di Singapuran setakat ini. Ahli perniagaan berkenaan pula adalah salah seorang daripada 40 lelaki terkaya di Singapura.
Sebelum itu, akhbar juga melaporkan seorang ahli perniagaan Malaysia kerugian $50 juta dalam beberapa hari kerana melayan ketagihan judinya di Resort World Sentosa.
Kekalahan terbaru ini adalah yang terbesar, selepas satu kekalahan judi menimpa Pengarah Urusan Far Ocean Sea Products, pada Jun lalu. Dalam kes itu pengarah urusan berkenaan dikenali Mr Quek, kerugian $26 juta apabila berjudi di Resort World Sentosa.