KETIKA polis di Jakarta Selatan dan peguam Editor Playboy memaklumkan Erwin Aranda menyerah diri petang tadi, pejabat pendakwaraya Jakarta Selatan pula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.
Terbaru, Ketua Pejabat Pendakwaraya Jakarta Selatan, M Yusuf, menafikan Erwin menyerah diri, sebaliknya dia dikatakan telah ditahan malam tadi di Lapangan Terbang Nguraj Raj, Bali ketika mahu menaiki pesawat mahu menuju ke Jakarta.
Erwin kemudian dibawa ke pejabat pendakwaraya sambil diiringi polis dan pegawai pejabat berkenaan.
Apa pun yang dikatakan dua pihak yang berbeza itu, yang pasti Erwin telah diberkas dan bakal diseligi!